Ahad, 16 Mac 2008

Hari jadi HIrzi!

Selamat hari jadi hirzi!!

semoga berbahagia dalam kehidupan mu dan lulus peperiksaan kamu..

aku telah ke rumah hirzi pada 15 mac 2008 untuk menyambut hari jadinya..aku ke sana dalam pukul 1.30.. tiba disana aku bertemu dengan haikal dan fariz di bawa blok rumah hirzi..aku pun bersalaman dan terus ke atas rumah hirzi..kami berduduk di ruang tamu untuk bertemu dengan mak ayah hirzi..apabila mereka datang. kami bersalaman dengan mak ayah hirzi.. selepas beberapa minit kemudian,kawan lama hirzi datang dan kami dapat peluang untuk bersembang sesama mereka.selepas itu, kami ke bawa untuk membeli tepung dan selepas itu,kami memanggil hirzi ke bawa..kami pun menyediakan tepung itu di tangan dan apabila dia keluar dari lif, kami lempar tepung itu kepadanya..kami pun berketawa..aku berasa seronok mengadakan hari jadi ini!

Jumaat, 14 Mac 2008

Saya menonton wayang yang bertajuk "The Chronicle's Of Spiderwick". Ceritanya amat seronok sekali. mula-mula,saya ingatkan cerita itu tidak menarik. tetapi ceritanya sungguh menarik. saya pergi ke Vivo City untuk menonton cerita itu. Saya ditemani oleh pakcik dan sedara-mara saya. selepas kami telah menonton cerita itu, pakcik saya cadang untuk makan malam. pakcik saya menyuruh kami untuk memilih tempat-tempat makan yang paling sesuai untuk makan malam. semua sedara saya hendak makan Mcdonalds. kami semua gelak ketawa. pakcik saya pun mengalahkan dan kita ke Mcdonald dan makan disana. selepas makan, kami pergi tingkat yang teratas sekali. indah sungguh langit di atas..sejuk dan harum baunya. saya rasa seperti hendak tidur sahaja. adik-adik saya bermain dengan air. saya,abang sedara saya dan pakcik saya duduk sambil berbual-bual tentang pelajaran dan keadaan di sekolah. malam itu sungguh menarik,sejuk dan tenangkan fikiran saya.

Khamis, 13 Mac 2008

Yay!

Hari ini sungguh menarik kerana saya telah bertemu dengan kawan-kawan lama saya!
sudah beberapa bulan tidak dapat bertemu mereka,akhirnya saya dapat jugak!
saya berjumpa mereka di Jurong Point! kami menonton wayang dan ke Ice-skating.sungguh menarik..ramai rakan saya tidak boleh ice-skate termasuk saya..saya boleh sikit-sikit sahaja...tetapi ada seseorang dari rakan aya boleh ice-skate dengan baik..dia menolong mengajar kami semua bagaimana hendak ice-skate dan ekarang saya sudah pandai sedikit..terima kasih! selepas itu kami ke Mcdonald untuk makan malam! sedap sungguh..selepas itu balik! saya sampai rumah pukul 8.30. hari itu sungguh menarik!

Selamat!

Salam sejahtera semua!
Nama saya syafiq dan ini adalah pertama kali saya melakukan blog yang berbahasa melayu.
saya masih sedang belajar hendak bergunakan blog berbahasa melayu..
hingga bertemu lagi!